Monday, March 8, 2010

Friendly Comparative Religion

salam..
alhamdulillah dengan izin Allah, saya telah mengikuti satu program iaitu FCR. Ditakdirkan Allah, walaupun hanya sehari saya ikut, tetapi banyak input-input yang bernas telah saya dapat. Contohnya, pengetahuan tentang agama-agama lain, persoalan-persoalan tentang ISlam itu sendiri. Program itu sangat menarik.Oleh itu, saya teringin berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya dapat daripada program ini.

Ramai orang mempertikaikan kenapa muslimah tidak dibenarkan untuk menjadi imam?kenapakah saff muslimah berada di belakang saff muslimin, bukan di depan saff mereka? Kenapa juga bukan disamakan saff antara muslimin dan muslimah?

Ok. Untuk persoalan yang pertama itu, adakah muslimah memang sama sekali tidak boleh jadi imam? Tidak bukan. Muslimah boleh sahaja menjadi imam tapi hanya untuk jemaah perempuan sahaja. Muslimah tidak dibenarkan menjadi imam bagi makmum lelaki. Tetapi mengapa begitu?
Cuba kita bayangkan kalau imam kita adalah muslimah, apa akan terjadi? Bukankah wanita itu lumrahnya lawa dan menarik perhatian? Bayangkan kalau muslimah imam kita, sudah tentu kita tidak mampu solat dengan betul, apatah lagi khusuk dalam solat kita.


Seperti apa yang saya cakap sebelum ini, wanita lumrahnya menarik perhatian. Oleh itu, jikalau saff muslimah berada di depan saff muslimin, sudah tentu muslimin tidak dapat menghalang mata daripada tertumpu kepada saff muslimah. Hal ini juga akan mengurangkan rasa khusyuk dalam solat tersebut.


Selain itu, kita juga tahu bahawa sesebuah saff itu mestilah rapat bahu ke bahu. Bayangkan kalau muslimah dan muslimin berada bersebelahan di dalam satu saff. Bukankah keadaan sebegitu nampak pelik dan tidak sesuai. Ok muslimin, mahukah kamu lihat isterimu, ibumu atau anakmu didampingi lelaki lain di dalam saff? Muslimah, mahukah kamu lihat suamimu, anakmu didampingi wanita lain ketika solat? Tidak mahu, bukan. Ini adalah fitrah manusia; lelaki dan wanita tidak boleh duduk berhampiran, apatah lagi bersebelahan. Hal yang demikian, Allah telah memakbulkan doa kamu sekalian. Dia tidak membenarkan perkara-perkara sebegini belaku.


Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya Dia yang mencipta kita.

'...Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)

p/s: Harap betulkan jika ada yang salah. Saya hanyalah insan biasa yang sentiasa mencari kefahaman agama.


3 comments:

nazratul said...

syabas. aku suka dan aku setuju.

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

salam ziarah..

sy ske kata2 bro shah,
Allah telah memakbulkan doa kita..

salam ukhuwah,
Athirah,
USIM..

-f a r a d z- said...

blog walking~~

salam..
betul2..
ske kate2 bro shah..
rse bersyukur sgt2 jd muslimah...

semoga kita trus thabat di jalanNya..

faradzela,
USIM