Monday, May 11, 2009

Manusia

Salam..

"Manusia itu ibarat logam, baik ketika di masa Jahiliah, baik juga ketika di masa Islamnya, sekiranya dia faham" -sahih bukhari-

hmm..apa itu logam???apa ciri-ciri logam??? Logam boleh dilentur, dibentuk dan sangat berguna. Manusia iaitu kita diibaratkan seperti logam. Kenapa? Hal ini disebabkan manusia juga mudah dibentuk @ mudah dipengaruhi serta sangat berguna. Ketahuilah bahawa kita mudah dipengaruh oleh anasir-anasir jahat (syaitan). Syaitan itu berada di mana-mana termasuklah di dalam salur darah kita. Sekali sahaja syaitan pengaruh kita, mudahlah kita untuk melakukan dosa. Oleh itu, kita perlu selalu dekatkan diri dengan Allah agar dijauhi daripada syaitan.
Selain itu, kita adalah sangat berguna jika kita memahami kebolehan kita. Setiap manusia diciptakan dengan kebolehan masing-masing. Sepatutnya kita hendaklah menggunakan kebolehan kita untuk memajukan Islam, agama tercinta.Contohnya, dengan suara kita boleh bercerita tentang Islam kepada orang lain. Dan ingatlah bahawa manusia itu sebaik-baik makhluk.

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya" (95 : 4)

Kesimpulannya, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah agar kita dapat menjauhkan diri daripada godaaan syaitan. Marilah kita terokai kebolehan diri kita serta menggunakannya untuk kemajuan ummah.Wassalam.

5 comments:

arabella said...

yes.btol2.
hanya itulah carenye.
lg2 disini.erm.
mrilah kita same2 sling ingat- mengingati ye.
peace in Islam life..

Xack Saputra said...

salam,ermm ade perubahan nama....
-ye,manusia mmg begitu
-bila ada kelebihan,timbul riak,takbur...mengapa?semua kerna nafsu,syaitan
-kenapa xdpt elak?kerna manusia itu bongkak,kurang didikan agama
-Ilmu yg ada disalah guna.
-apa yg penting?plg penting ialah sikap rendah diri
-dengan adanya sikap itu,kita lebih dekat kepada Allah.
-sama2 la kita menggunakan ilmu yg ada demi memajukan umat Islam sejagat.AMIN

Nabilah Farhana Binti Yahya said...

ara > betul 2..lagi2 kat sini..ok ara, mari kite saling mengingati k..XD

saputra > yup betul2...siapelah kita. hanyalah seorg hamba Allah..

tiNi said...

shift our paradigm..
kenali matlamat dan alat..
bak telur yg x seberapa bulat..
tp misi nya tepat..
hati melompat2..
jom jihad!!

(^_^!)
*sorry kalo agak merepek ye..hihi pengaruh kak jibah..agaga~

Nabilah Farhana Yahya said...

tini > hahah....kene penangan k.najibah la nih ek..nway btol la tu..matlamat yg jelas.